Staff Access
  Search
   
  MEDIA CENTRE
   
 
 
Latest News
 
 
 
 
  DIDIK HARGAI AIR - SYABAS
       
 

Diterbitkan: 2010/3/29 – Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 28 Mac - Masyarakat perlu didedahkan tentang kepentingan menghargai alam sekitar bagi memastikan sumber air di negara ini tidak tercemar. Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail berkata, jika masyarakat tidak didedahkan mengenai perkara itu, tidak mustahil negara mengalami krisis bekalan air yang serius pada masa depan kerana sumber air tercemar.

"Oleh itu, adalah penting mendidik masyarakat supaya menjaga alam sekitar supaya bekalan sumber air yang diperoleh daripada sungai tidak tercemar," katanya selepas melawat sudut seni Ismail Embong di Rumah Gapena di sini.

Dalam lawatan itu, Rozali turut berminat membeli beberapa lukisan yang dilukis menggunakan teknik conteng oleh pelukis tersebut yang antara lain menceritakan mengenai sejarah penggunaan air di negara ini.

Lukisan tersebut menggambarkan kehidupan masyarakat dahulu yang menggunakan perigi sebagai sumber bekalan air hinggalah masyarakat sekarang yang menggunakan pili.

"Kita boleh lihat bagaimana sejarah penggunaan air di negara kita sejak sebelum merdeka lagi pada beberapa lukisan yang dihasilkan pelukis terbabit.

"Kalau dulu, air yang diambil dari perigi boleh terus diminum tapi sekarang kita terpaksa proses dahulu dan ini menunjukkan alam sekitar kita semakin tercemar," katanya.

Menurut Rozali, beliau akan terus berusaha mendidik masyarakat supaya menjaga alam sekitar bagi memastikan sumber air negara bersih.

Mengenai kemungkinan berlaku krisis air di Kuala Lumpur, Razali berkata, Syabas dengan kerjasama Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. sentiasa bersedia untuk menghadapi kemungkinan itu.

"Setakat ini, empangan kita masih mempunyai takungan air yang mencukupi dan kita berharap keadaan cuaca akan terus hujan," katanya.

 

   
 

 

     
  Copyright © 2009
PUNCAK NIAGA HOLDINGS BHD All Rights Reserved.  
Disclaimer
 
Last updated :