Staff Access
  Search
   
  MEDIA CENTRE
   
 

 
Latest News
 
 
 
 
  PUNCAK NIAGA SASAR PROJEK BARU
       
 

Diterbitkan: 2009/06/24 – Utusan Malaysia

 SHAH ALAM 23 Jun - Kumpulan Puncak Niaga Holdings Bhd. (Puncak Niaga) akan meneruskan usaha mengembangkan perniagaan dengan mendapatkan projek projek-projek baru di negeri-negeri lain.

Menurut kenyataan Puncak Niaga, kumpulan akan terus memberi perhatian dalam menangani peningkatan permintaan air dan melaksanakannya sambil berusaha memelihara alam sekitar dan memastikan adanya sistem pembekalan air bersih yang boleh diharapkan oleh pengguna.

''Selain itu, kumpulan turut mengintai peluang mengembangkan operasi di pasaran antarabangsa seperti India dan China,'' kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut diedarkan kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Puncak Niaga di sini, hari ini. Mesyuarat itu dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga, Tan Sri Rozali Ismail.

Sementara itu, menurut kenyataan tersebut, kumpulan mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 1.9 peratus kepada RM1.42 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 berbanding RM1.39 bilion untuk tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Katanya, walaupun mencatatkan peningkatan pendapatan, namun keuntungan sebelum cukai menyusut sebanyak RM59 juta kepada RM54.9 juta berbanding RM113.9 juta pada tahun 2007.

''Keuntungan bersih yang dicatatkan sebanyak RM22.1 juta berbanding RM69.4 juta pada tahun sebelumnya menunjukkan penyusutan sebanyak RM47.3 juta.

''Penyusutan itu disebabkan oleh pendapatan lain yang lebih rendah, kos operasi yang lebih tinggi, kos kewangan dan belanja susut nilai serta pelunasan," kata kenyataan itu.

 

   
 

     
  Copyright © 2009
PUNCAK NIAGA HOLDINGS BHD All Rights Reserved.  
Disclaimer
 
Last updated :