Staff Access
  Search
   
  MEDIA CENTRE
   
 
Latest News
 
 
 
  TUN MAHATHIR BERI CERAMAH DI ICOT 2009
       
 

KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan antara penceramah utama yang akan tampil pada Persidangan Pemikiran Antarabangsa (ICOT) Ke-14 anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 5 Februari ini.

Penceramah lain termasuk pakar dalam bidang pemikiran kreatif, inovasi dan kemahiran berfikir, Dr. Edward De Bono dan Tony Buzan iaitu pakar dan pensyarah dalam bidang berkaitan otak, pembelajaran dan kemahiran berfikir.

Pengendali persidangan itu, Prof. Madya Dr. Shameem Rafik-Galea berkata, persidangan yang bertemakan 'Minda Berfikir: Mewujudkan Corak Masa Depan Yang Lebih Baik' akan menjadi platform bagi peserta untuk mempelajari cara berfikir yang efektif.

Katanya, usaha UPM menganjurkan ICOT 2009 merupakan sebahagian daripada proses menyediakan pemimpin baru yang berkaliber pada masa hadapan.

Shameem berkata, persidangan tersebut adalah hasil kerjasama Jawatankuasa Tertinggi Antarabangsa yang diketuai Prof. Dr. David Perkins dari Universiti Harvard.

Majlis perasmian persidangan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu disempurnakan oleh Ketua Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd., Tan Sri Rozali Ismail.

 
 
 
     
  Copyright © 2009
PUNCAK NIAGA HOLDINGS BHD All Rights Reserved.  
Disclaimer
 
Last updated :