Bicara Siri Kepimpinan (Leadership Series Talk) 2017

Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) memberikan penekanan yang tinggi kepada pembangunan modal insan. Modal insan yang berkualiti merupakan aset penting dan menjadi nadi utama dalam merealisasikan visi dan misi syarikat. Bagi mencapai hasrat ini, piha syarikat telah mengambil insiatif untuk mengadakan program Siri Kepimpinan dalam usaha untuk menyuntik semangat dan member motivasi kepada warga kerja PNHB.

Bicara Siri Kepimpinan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail dan beliau sendiri telah menyampaikan ceramah bagi siri yang pertama.

Berikut adalah siri-siri kepimpinan yang telah dilaksanakan, iaitu:

1) Siri 1 : Kepimpinan Berteraskan Teladan Kunci Kecemerlangan Syarikat oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif PNHB
2) Siri 2 : Kekuatan Kuasa Manusia, Dunia dan Nafsu oleh Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Institusi Penyelidikan Produk & Ketamadunan Melayu Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
3) Siri 3 : Hakikat Kerja dan Integriti Dalam Pekerjaan oleh Dr. Haji Mohd Farid Ravi Abdullah, Pengarah Pusat Pengurusan dan Penyelidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
4) Siri 4 : Manifestasi Budaya Kerja Dalam Islam oleh Dr. Haji Mohd Farid Ravi Abdullah, Pengarah Pusat Pengurusan dan Penyelidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
5) Siri 5 : Sifat Positif dan Negatif Dalam Budaya Kerja oleh Dr. Haji Tengku Asmadi Tengku Mohamad, Presiden Pertubuhan Perundingan Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)
6) Siri 6 : “12 Leadership Essentials for The 21st Century” oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Zainul Fithri Othman, Pengarah Eksekutif, Bahagian Sumber Strategik dan Perhubungan Awam PNHB
7) Siri 7 : “Personal Development As A Route to Success” oleh YBhg. Dato’ IR. Lee Miang Koi, Pengarah Eksekutif, Puncak Niaga Construction Sdn. Bhd (PNCSB)

YBhg. Tan Sri Rozali Ismail memberikan penekanan kepada lapan (8) ciri pemimpin yang boleh menjadi role model kepada kakitangan. Dalam Siri Kedua, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah menekankan tiga aspek utama iaitu kebaikan setiap insan, keseimbangan dunia dan akhirat sebagai kunci kejayaan dan bagaimana mendidik nafsu. Manakala dalam Siri Ketiga dan Keempat, Dr. Haji Mohd Farid menghuraikan konsep pekerjaan sebagai satu ibadah yang memberikan manfaat dunia dan akhirat.

Dalam Siri Kelima, pakar motivasi, Dr. Haji Tengku Asmandi Tengku Mohamad menyuntik semangat kerja para kakitangan melalui perkongsian sifat-sifat positif dan negatif dalam pekerjaan. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Zainul Fithri pula dalam Siri Keenam menyenaraikan 12 nilai utama kepimpinan yang berkesan untuk diamalkan. Manakala YBhg. Dato’ IR. Lee Miang Koi berkongsi pengalaman lebih 40 tahun beliau bersama PNHB sebagai motivasi untuk kakitangan menempa kejayaan dalam kerjaya.

Para kakitangan turut mengambil peluang untuk memberikan pandangan dan bertanyakan soalan dalam siri-siri ceramah kepimpinan ini. Ia juga diharapkan dapat memberikan nilai tambah kepada aspek pengukuhan jati diri dan integriti di kalangan kakitangan PNHB.