Pengurusan Tertinggi PNHB Turun Padang Lawat Projek D44

Setapak, 16 Ogos - Pengurusan Tertinggi Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) telah menghadiri mesyuarat koordinasi Projek D44 dan Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan Kuantan (PPKuantan) di Pejabat Tapak Projek D44 di sini.

Dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Zainal Abidin Salleh, Pengarah Urusan PNHB, En. Abraham Joseph, Pengarah Projek D44 telah memberikan penerangan mengenai kemajuan dan status terkini Projek D44.

Sementara itu, taklimat mengenai PPK telah disampaikan oleh En. Aidil Abdul Aziz, Pengarah Urusan Jalur Cahaya Sdn. Bhd.

Seterusnya pihak Pengurusan Tertinggi PNHB telah dibawa melawat tapak Projek D44 di beberapa kawasan yang terlibat iaitu di Jalan Genting Kelang, Jalan Enggang dan Melawati diketuai oleh En. Abraham.

Dalam sesi lawatan ini juga, YBhg. Dato’ Zainal turut menyampaikan sumbangan kepada Masjid Al-Akram, Datuk Keramat yang diterima oleh Presidennya, Tn. Hj. Abdul Karim Mat Asil yang berupa dua ekor lembu untuk ibadah korban dan 150 helai t-shirt untuk sukarelawan yang akan bertugas dalam majlis tersebut.