TRIplc SUMBANG 170 BUAH KOMPUTER RIBA KEPADA PERSATUAN KELAB KASIH USAHAWAN

Sumbangan 170 buah computer riba kepada Persatuan Kelab Kasih Usahawan merupakan salah satu aktiviti Corporate Social Responsibility (CSR) TRIplc Berhad.

Majlis penyerahan pada 11 Jun 2021 di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Hj. Irmohizam Ibrahim, Group Executive Director, World Trade Centre Kuala Lumpur & Chair of Asia Pacific Member Advisory Council (MAC) World Trade Center’s Association mewakili Persatuan Kelab Kasih Usahawan manakala TRIplc Berhad diwakili oleh En. Azlan Shah Tan Sri Rozali, Pengarah Urusan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) dan YBhg. Dato’ Ts. Jamaludin Buyong, Pemangku Pengarah Urusan TRIplc Berhad.