TRIplc SUMBANG LIMA (5) BUAH KERUSI RODA UNTUK KEGUNAAN DI PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) KUALA SELANGOR

PPV Kuala Selangor yang bertempat di Stadium Tertutup Kuala Selangor menerima kehadiran ramai warga emas untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19. Ramai di kalangan mereka mempunyai keupayaan berjalan yang sangat terbatas dan memerlukan khidmat sukarelawan atau kerusi roda untuk memudahkan pergerakan.

Menyedari kepentingan tersebut, pihak TRIplc Berhad telah menyumbang lima (5) buah kerusi roda pada 25 Jun 2021 bagi kegunaan masyarakat awam di PPV terutama golongan warga emas.

Ini merupakan salah satu usaha untuk membantu pihak kerajaan mempercepatkan proses vaksinasi. Kerjasama daripada semua pihak sama ada kerajaan atau swasta amat penting dalam merealisasikan matlamat pembentukan imuniti kelompok bagi membendung penularan COVID-19.