TRIplc BERHAD PILIH “FAST . EFFICIENT . EFFECTIVE” SEBAGAI MOTO UNTUK TINGKATKAN PRESTASI SYARIKAT

TRIplc Berhad memiliki rekod yang cemerlang dan mendapat kepercayaan yang tinggi daripada pihak kerajaan untuk melaksanakan projek-projek berkepentingan awam terutama projek-projek yang dilaksanakan secara Public Fund Initiative (PFI).

Atas dasar itu, YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) telah memilih moto, “FAST . EFFICIENT . EFFECTIVE” sebagai moto baharu TRIplc Berhad bagi meningkatkan lagi prestasi syarikat.

Menurut beliau, moto ini perlu dihayati oleh semua lapisan kakitangan supaya segala kerja dapat dilaksanakan berdasarkan moto tersebut.