“Kebersihan Tuntutan Agama” Tema Program Gotong-Royong Perdana 4.0 2017

Program Gotong-Royong Perdana 2017 telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Mei 2017 bertempat di Masjid Puncak Alam, Bandar Puncak Alam, Selangor. “Kebersihan Tuntutan Agama” merupakan tema yang dipilih bagi program ini memfokuskan bahawa penjagaan kebersihan dan mewujudkan suasana yang bersih serta selesa menjadi satu tuntutan agama kerana ianya berkait rapat dengan keimanan.

Ucapan perasmian majlis telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mat Hairi, Pengerusi Eksekutif Tugas-Tugas Khas, PNHB merangkap sebagai Ahli Jawatankuasa Lembaga Tadbir Masjid yang mewakili YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif PNHB. Seramai 1,500 penduduk sekitar Bandar Puncak Alam dengan kerjasama syarikat – syarikat korporat seperti Puncak Alam Housing Sdn Bhd, Semarak Niaga, Arena Terbaik, TRIplc, Corporate Line, UiTM, Ladang Puncak Alam, Maahad Tahfiz Ismail, Topline Media Sdn Bhd telah turut sama meyertai program ini. Sokongan yang diberikan daripada pihak Bomba, Jabatan Penjara (Pusat Koreksional Puncak Alam), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), guru-guru serta murid-murid sekolah sekitar Bandar Puncak Alam ini juga menambahkan keceriaan program yang dijalankan.

Pihak Jawatankuasa Tadbir Masjid telah melantik 6 orang ketua zon bagi mengetuai tugasan gotong-royong ini. Zon 1 yang bermula dari Jalan Meru Tambahan dan di akhiri dengan Zon 6 iaitu di Masjid Puncak Alam dengan jumlah kawasan pembersihan sekitar 10.6KM.

Program Gotong-Royong Perdana 4.0 ini merupakan acara tahunan aktiviti Masjid Puncak Alam dengan kerjasama Puncak Niaga Holdings Berhad yang bermula sejak tahun 2015. Menurut YBhg Dato Mat Hairi, beliau berharap supaya program ini dapat diadakan lebih kerap lagi di masa akan datang dan beliau juga berhasrat semoga institusi masjid seperti Masjid Puncak Alam ini menjadi “one stop centre” untuk beramal dan memperkasakan pelbagai program dan aktiviti yang bermanfaat untuk penduduk setempat.

Contact us

Fill in the form below or give us a call and we'll contact you. We endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.