Strategi Perlaksanaan Tugasan : Intipati Perhimpunan Bulanan Kakitangan PNHB

SHAH ALAM , 8 Mac – Dalam Perhimpunan Bulanan Kakitangan pertama tahun 2017, En. Azlan Shah Tan Sri Rozali, yang telah dilantik sebagai Pemangku Pengarah Urusan dan diberikan amanat dan kepercayaan oleh Tan Sri Rozali Ismail untuk memberikan ucapan sulungnya kepada para kakitangan dan julung kalinya dalam sejarah PNHB. Selaku Pemangku Pengarah Urusan PNHB, beliau turut tampil dengan penuh keyakinan untuk menggalas amanah menerajui syarikat mendepani cabaran masa depan.

Dalam perhimpunan yang turut dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif PNHB, YBhg. Tan Sri Rozali Ismail itu, En. Azlan telah terlebih dahulu memperkenal dan mengalu-alukan 14 orang kakitangan baru PNHB di bertugas pelbagai bahagian dan jabatan.

Beliau turut mengumumkan status terkini penglibatan PNHB dalam industri perladangan di negeri Sarawak melalui anak syarikat PNHB, Murni Estate Sdn. Bhd. Ini melibatkan urusan pembelian ladang seluas 47,000 hektar.

Tambahan lagi, beliau telah memaklumkan kepada para kakitangan, bahawa pihak syarikat dalam usaha untuk memastikan kewangan PNHB berada di tahap yang memuaskan, langkah-langkah penjimatan telah diambil bagi mengurangkan kos operasi. Ini termasuk konsep kerja “multi-tasking”, pengawalan kerja lebih masa dan penjimatan kos harian termasuk penggunaan elektrik, alat tulis dan percetakan. En. Azlan juga menegaskan bahawa, pihak syarikat memandang serius mengenai isu gangguan seksual dan telah mengambil inisiatif dalam menubuhkan sebuah jawatankuasa tindakan khas yang diketuai oleh Pn. Tan Bee Lian selaku Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Korporat PNHB.

Beliau juga menerangkan bahawa, pihak pengurusan tertinggi PNHB sentiasa peka dan prihatin dalam memastikan tanggungjawab kebersihan dan kekemasan ruang pejabat berada di tahap optimum. Pihak pengurusan telah mengambil inisiatif dan telah memilih lima buah jabatan untuk memenangi anugerah Amalan 5S. Antara pemenang anugerah tersebut seperti, Jabatan Audit Dalaman di tempat pertama, diikuti dengan Jabatan Kesetiausahaan di tempat kedua, Jabatan Perundangan di tempat ketiga, Pusat Sumber Strategik di tempat keempat dan Jabatan Perhubungan Perusahaan di tempat kelima.

Dalam perhimpunan ini juga, En. Azlan Shah yang mewakili syarikat telah merakamkan penghargaan kepada En. Ir. Tan Hui Kuan yang akan bersara secara rasmi pada 9 Mac 2017 setelah berkhidmat selama 14 tahun.

Contact us

Fill in the form below or give us a call and we'll contact you. We endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.