Sumbangan Juadah Berbuka Puasa & Hari Raya Aidil Fitri Kepada Kakitangan Hospital UiTM

Mengambil peluang keberkatan bulan Ramadan, penghulu segala bulan dalam Islam, bulan yang digalakkan untuk berinfaq, pihak TRIplc Berhad telah melaksanakan beberapa program sumbangan sepanjang bulan Ramadan dan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sepanjang bulan Ramadan, bermula 13 April hingga 13 Mei 2021, pihak TRIplc telah menyediakan 60 pek juadah berbuka puasa di Surau HUiTM untuk diagihkan kepada kakitangan HUiTM yang bertugas dan berbuka puasa di hospital.

Seterusnya, pihak TRIplc juga telah memberikan cenderahati berupa biskut raya kepada Pengurusan Tertinggi dan Ketua-ketua Jabatan HUiTM Puncak Alam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sementara itu, bagi menghargai Kakitangan Keselamatan HUiTM dan kakitangan Z1P2 serta Z1P3 yang bertugas pada hari raya pertama dan kedua, pihak TRIplc telah memberikan sumbangan juadah hari raya agar mereka turut menikmati kemeriahan Hari Raya Aidilfitri meskipun sedang bertugas.

Contact us

Fill in the form below or give us a call and we'll contact you. We endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.