Tahniah Di Atas Perlantikan Tan Sri Rozali Ismail Sebagai CEO@Polycc 2021-2023

Pengalaman yang luas dan pencapaian dalam bidang keusahawanan, sektor korporat dan penglibatan langsung dalam bidang pendidikan semasa menjadi Pro Cancelor, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pengerusi Penasihat Industri, Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) merupakan antara faktor YBhg. Tan Sri Rozali Ismail telah dipilih menjadi CEO@PolyCC bagi tempoh 1 Julai 2021 hingga 30 Jun 2023 oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Watikah Perlantikan yang ditandatangani oleh YB Datuk Seri DR. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah disampaikan oleh LAr. Dr. Zanariah Kasim, Ketua Seksyen, Corporate, Industrial Services and Employability Center (CISEC), Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak Bernam, Selangor pada 9 Julai 2021.

Antara objektif perlantikan CEO@PolyCC ialah untuk meningkatkan kualiti perkongsian pengetahuan dan kemahiran di antara industri – akademia bagi melahirkan graduan holistic dan seimbang sekaligus meningkatkan kebolehpasaran graduan.

Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk membantu jaringan kolaborasi antara industri -akademia bagi hal-hal berkaitan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, latihan, penilaian dan penyelidikan.

Antara perkara yang bakal diberikan tumpuan oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail ialah mengadakan siri perkongsian atau CEO Talk bersama pelajar dalam aspek keusahawanan. Di samping itu, beliau juga akan menjadi pakar rujuk dalam memberi nasihat mengenai pelaksanaan projek pelajar, penyeldikan, pembangunan dan pengkormesilan.

Di samping itu, sebagai tokoh korporat yang berpengaruh, YBhg. Tan Sri Rozali akan menjadi jambatan penghubung antara syarikat-syarikat korporat dengan politeknik dan kolej komuniti untuk menjalin kerjasama strategik. Ini sekaligus akan memudahkan penempatan para pelajar untuk menjalani latihan industri.

Contact us

Fill in the form below or give us a call and we'll contact you. We endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.