CSR Puncak Niaga Bantu PSPK Daerah Gombak Laksana Aktiviti

Selayang, 3 Mei – Pihak Pengurusan Tertinggi Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) telah meluangkan masa hampir tiga jam mengunjungi rumah kebajikan Pertubuhan Perkhidmatan Sosial dan Pembangunan Komuniti (PSPK) Daerah Gombak serta beramah mesra dengan penghuni di situ.

Delegasi yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Zainul Fithri Othman, Pengarah Eksekutif Bahagian Sumber Strategik & Perhubungan Awam turut disertai oleh Pn. Faridatul Zakiah Mohd Bakhry (Pengarah Eksekutif Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran), YBhg. Dato’ Zainal Abidin Salleh (Pengarah Urusan Murni Estate ketika itu, kini Pengarah Urusan PNHB), En. Danny Ng (Pengarah Eksekutif Kewangan Korporat) dan Pn. Tan Bee Lian (Pengarah Eksekutif Bahagian Perkhidmatan Korporat). Ketibaan mereka disambut mesra oleh En. En. Henry Sandanam, Presiden dan Pengasas PSPK yang telah menyampaikan penerangan ringkas mengenai PSPK.

Pihak pengurusan PNHB seterusnya mengambil peluang beramah mesra dengan para penghuni dan menyampaikan hamper kepada mereka.

Cek sumbangan PNHB sebanyak RM3,000 telah diserahkan kepada En. Henry Sandanam bagi membiayai aktiviti-aktiviti PSPK.

Delegasi seterusnya telah dibawa melawat sekitar rumah kebajikan dua tingkat tersebut yang terdiri daripada beberapa bahagian iaitu pusat pembelajaran bakeri di tingkat bawah bangunan utama manakala tingkat atas pula menempatkan seksyen jahitan dan komputer.

PSPK yang ditubuhkan pada tahun 2006 merupakan sebuah badan kebajikan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) bermatlamat membantu golongan yang memerlukan membina kehidupan melalui pembangunan potensi diri melalui kemahiran-kemahiran tertentu.

Tidak hanya bergantung dengan sumbangan, PSPK turut menjana pendapatan melalui jahitan seperti tempahan baju korporat, baju Melayu dan kontrak pakaian dengan syarikat-syarikat besar seperti Jakel dan Kamdar.

Maklumat lanjut mengenai PSPK boleh didapati di http://www.pspk.org

Contact us

Fill in the form below or give us a call and we'll contact you. We endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.