Puncak Niaga Ringankan Beban Kakitangan Yang Terlibat Dengan Banjir

28 Dis – Hujan lebat yang berterusan di Kuala Lumpur dan di beberapa kawasan di Negeri Selangor telah menyebabkan berlakunya banjir besar yang telah melumpuhkan sistem perhubungan dan mengakibatkan kemusnahan kediaman, kenderaan dan harta benda di sekitar Shah Alam, Klang, Puchong, Kuala Langat dan Hulu Langat.

Malahan, terdapat sebahagian kakitangan Puncak Niaga turut terjejas akibat bencana banjir kali ini yang disifatkan sebagai antara yang terburuk pernah berlaku di Negeri Selangor.

YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) amat prihatin dan turut bersimpati dengan nasib kakitangan yang terlibat dengan bencana banjir. Oleh itu, pihak syarikat telah menghulurkan bantuan tunai sebanyak RM3,000 seorang bagi meringankan beban mereka.

En. Azlan Shah Tan Sri Rozali, Pengarah Urusan PNHB dan Pn. Faridatulzakiah Mohd Bakhry, Pengarah Eksekutif Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran PNHB turut melihat sendiri keadaan rumah kakitangan dan berharap dengan bantuan tersebut, ia mampu meringankan beban mereka.

Menurut En. Azlan, pihak syarikat masih lagi mengenalpasti kakitangan yang terlibat dengan bencana banjir untuk dibantu. Selain daripada sumbangan tunai, pihak syarikat juga sedang menyusun program untuk membantu mencuci rumah-rumah kakitangan yang terjejas akibat banjir.

Sehingga 28 Dis. 2021, seramai 41 orang kakitangan telah menerima sumbangan tunai musibah banjir iaitu 9 orang kakitangan Puncak Niaga Management Services Sdn. Bhd, Puncak Niaga Construction Sdn. Bhd (1 orang), TRIplc Berhad (1 orang) dan 30 orang kakitangan Z1P2 TRIFMS. Lokasi kediaman kakitangan yang terlibat dengan banjir ialah di sekitar Shah Alam, Kuala Langat, Jeram, Kapar, Meru dan Klang.

Contact us

Fill in the form below or give us a call and we'll contact you. We endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.