Sukarelawan Puncak Niaga Bantu Kakitangan Bersihkan Rumah Pasca Banjir

25 Dis – “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”; begitulah peribahasa yang menggambarkan sikap keprihatinan dan kekeluargaan di kalangan kakitangan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) yang sama-masa meluangkan masa di hujung minggu membantu kakitangan yang terjejas akibat banjir mengemas dan mencuci rumah.

Seramai 20 orang kakitangan Kumpulan PNHB telah bergotong royong membersihkan rumah En. Muhammad Aizat Osman (Juruteknik Elektrik, Z1P2, TRIFMS) dan Pn. Noraime Karim (Pekerja Am, Pembersihan, Z1P2, TRIFMS) di Taman Desa, Mahang, Jeram yang terjejas akibat musibah banjir.

Aktiviti yang berlangsung hampir 2 jam tersebut melibatkan kerja-kerja membuang barangan yang rosak akibat banjir, memindahkan perabot dan mencuci bahagian dalam rumah.

Pn. Faridatulzakiah Mohd Bakhry, Pengarah Eksekutif Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran PNHB turut hadir meninjau keadaan rumah mangsa dan memantau aktiviti gotong royong tersebut. Menurut beliau, Puncak Niaga ialah sekeluarga besar yang sentiasa cakna terhadap apa yang berlaku kepada kakitangan di setiap lapisan.

En. Aizat dan Pn. Noraime melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua kakitangan yang membantu. Semangat tolong menolong sebegini juga dapat mengurangkan beban dan kesedihan yang dialami oleh mereka yang diuji dengan musibah banjir kali ini.

Contact us

Fill in the form below or give us a call and we'll contact you. We endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.