YBhg.Dato’ Ts. Jamaludin Buyong, Pemangku Pengarah Urusan TRIplc Berhad telah menyantuni para pesakit terawal yang mendapat rawatan di HUiTM pada 28 Mei 2021.
Semasa kunjungan ke wad, beliau telah menyerahkan hamper buah-buahan kepada para pesakit tersebut sebagai tanda penghargaan kerana memilih HUiTM.
Sebagai syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan aset hospital bagi tempoh 22 tahun akan datang, adalah penting untuk pihak TRIplc mengukur tahap kepuasan pelanggan melalui maklum balas mereka. Ini membolehkan mereka menilai dan melakukan penambahbaikan yang sewajarnya.