Majlis Nuzul Al-Quran & Sumbangan Barangan Keperluan Surau Hospital UiTM Puncak Alam

Surau merupakan salah satu komponen penting dalam pembinaan HUiTM Puncak Alam yang bakal diimarahkan oleh kakitangan hospital, mahasiswa dan orang awam yang mendapatkan perkhidmatan di hospital tersebut.

Menyedari kepentingan itu, pihak TRIplc Berhad telah menyumbang barangan keperluan surau bagi memastikan ia dapat dimanfaatkan oleh para jemaah. Antara barangan tersebut ialah 1 unit penghawa dingin, 70 helai sejadah, 10 pasang telekung, 10 buah Al-Quran, 50 buah surah Yasin dan Al-Ma’thrurat, 1 unit jam, 6 unit kerusi, 2 unit cermin, 4 unit cabinet, 2 unit rak buku, 2 unit penggantung baju dan 2 unit kalendar Islam.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh En. Azlan Shah Tan Sri Rozali, Pengarah Urusan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) kepada Prof. Dr. Sazzli Shahlan Kassim, Pengarah HUiTM Puncak Alam dalam satu majlis ringkas sempena Sambutan Nuzul al-Quran pada 28 April 2021 di Surau HUiTM.

Para tetamu yang terdiri daripada kakitangan HUiTM dan TRIplc Berhad serta para tetamu jemputan turut berpeluang mendengar ibrah dan kepentingan peristiwa Nuzul al-Quran daripada penceramah jemputan sebelum menikmati jamuan berbuka puasa. Seterusnya para jemaah telah menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Terawih berjemaah.

Contact us

Fill in the form below or give us a call and we'll contact you. We endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.