DANUM SINAR SDN BHD HARGAI SUMBANGAN PEKERJA MASYARAKAT PENAN (METALUN)

Murum, 3 Oktober — Danum Sinar Sdn Bhd (“Danum Sinar”), anak syarikat Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), buang julung kalinya menganjurkan Majlis Penghargaan Pekerja Masyarakat Penan (Metalun) di Ladang Arau untuk mengiktiraf sumbangan masyarakat Penan yang bekerja dengan Danum Sinar. Pelbagai anugerah telah diberi dalam majlis ini seperti Anugerah Kecemerlangan dalam Latihan Operasi Ladang untuk kategori penuaian, pemangkasan, peracunan dan pembajaan, dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi kakitangan estet yang lain.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat iaitu YB Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Jabatan Pemantauan Projek) merangkap Adun N.78 Mulu dan YB Tuan Kennedy Chukpai Ugon, Ahli DUN Sarawak (N.66 Murum). Majlis dipengerusikan oleh En. Azlan Shah Tan Sri Rozali, Pengarah Urusan PNHB. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kerajaan tempatan dan Ketua-ketua Kampung Masyarakat Penan.

En. Azlan dalam ucapan beliau, menekankan kepentingan sumbangan para pekerja terhadap pembangunan syarikat. “Tanpa sumbangan dan dedikasi pekerja, Danum Sinar tidak akan berada pada tahap yang telah dicapai hari ini.”

Sementara itu, YB Datuk Gerawat Gala dalam ucapannya menyeru agar masyarakat tempatan memberikan kerjasama kepada syarikat-syarikat yang melabur untuk membangunkan sektor-sektor utama negara seperti kelapa sawit. Menurut beliau, penglibatan syarikat dan pelabur akan mewujudkan peluang pekerjaan sekali gus meningkatkan taraf ekonomi masyarakat tempatan di samping meningkatkan taraf infrastruktur terutamanya di kawasan pedalaman.

Seramai 70 orang pekerja Masyarakat Penan telah mengikuti Latihan Operasi Ladang selama lima hari iaitu pada 23-27 Sept. 2024 yang diadakan di Ladang-ladang Danum Sinar. Bagi meningkat kompetensi pekerja ladang, latihan telah dilaksanakan merangkumi empat kategori kerja iaitu penuaian, pemangkasan, peracunan dan pembajaan.

Pengiktirafan ini diharapkan dapat memperkukuhkan semangat kerjasama antara Danum Sinar dan Masyarakat tempatan khususnya Masyarakat Penan (Metalun), sekaligus memberi motivasi kepada pekerja Danum Sinar untuk terus bekerja dengan syarikat demi mencapai kejayaan yang lebih baik di masa akan datang.

Contact us

Fill in the form below or give us a call and we'll contact you. We endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.