SAYANGI KERJA ANDA DAN BERSIAP SIAGA MENGHADAPI ECONOMIC TURBULANCE

Shah Alam, 13 Julai – Perhimpunan Kakitangan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) kali kedua bagi tahun 2023 telah diadakan di Wisma Rozali. Majlis yang bermula pada jam 9:00 pagi telah dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif, En. Azlan Shah Tan Sri Rozali, Pengarah Urusan dan barisan pengurusan tertinggi kumpulan syarikat serta seluruh kakitangan.

YBhg. Tan Sri Rozali telah memulakan ucapan beliau dengan memperkenalkan seramai 27 orang kakitangan baharu yang melapor diri dari bulan Mac hingga Julai tahun ini. Beliau turut mengumumkan perlantikan Tn. Hj. Fakhryaffendy Mohd Bakhry sebagai Pengarah Eksekutif, Bahagian Tugas-tugas Khas yang bertanggungjawab terhadap operasi perladangan Danum Sinar Sdn Bhd di Bintulu, Sarawak.

YBhg. Tan Sri Rozali mengulangi ingatan kepada kakitangan baharu supaya membawa nilai-nilai yang baik sahaja ke dalam syarikat dan meninggalkan apa jua perkara tidak baik. Pengerusi Eksekutif menegaskan bahawa tanda aras berkhidmat di Puncak Niaga menyamai standard syarikat-syarikat antarabangsa. Oleh itu, beliau menegaskan semua kakitangan perlu menjaga integriti, kredibiliti dan disiplin ketika melaksanakan tugas.

Tambahan lagi, sebagai sebuah public listed company, Puncak Niaga terikat dengan pelbagai akta dan undang-undang malah turut diawasi oleh badan-badan tertentu demi melindungi kepentingan pemegang saham. Oleh itu, segala tindakan kakitangan perlu melambangkan integriti syarikat dan sebarang salah laku bakal mencemar nama baik syarikat.

Pengerusi Eksekutif turut mengulas mengenai keadaan semasa ekonomi Malaysia yang disifatkan agak mencabar pada masa kini. Kejatuhan nilai ringgit berbanding Dollar Amerika, kenaikan OPR dan kenaikan harga barangan pasti memberi impak langsung kepada rakyat. Oleh itu, beliau mengingatkan kakitangan agar bersedia menghadapi economic turbulence atau kegawatan ekonomi.

Lantaran itu, YBhg. Tan Sri Rozali mengingatkan kakitangan agar menyayangi dan menghargai perkerjaan masing-masing kerana ia adalah sumber perolehan rezeki yang halal. Menurut Tan Sri Rozali, kerja adalah satu ibadah yang diganjarkan pahala bukan sekadar menerima gaji apabila dilakukan dengan niat yang ikhlas, bersungguh-sungguh, komited, berintegriti dan mematuhi syariat. Menghargai kerja bermakna memberikan sepenuh komitmen dan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan kerja yang diberikan.

Dalam majlis ini juga pihak syarikat turut mengumumkan dua anugerah berprestij yang telah dimenangi oleh Puncak Niaga iaitu Gold Award dalam Australasian Reporting Award 2023 bagi Laporan Tahunan Puncak Niaga Tahun 2021 pada bulan Jun di Sydney, Australia. Ini merupakan Gold Award yang kelima berturut-turut dimenangi oleh Puncak Niaga. Kemenangan ini telah meletakkan Puncak Niaga sebaris dengan syarikat-syarikat gergasi di Malaysia seperti Petronas Chemical, Petronas Dagang, UMW Holdings, Tenaga Nasional Berhad, Telekom, Sunway REIT, Maybank, MRCB dan beberapa buah syarikat lain yang menerima anugerah yang sama.

Selain daripada itu, berdasarkan pertumbuhan syarikat yang berterusan, Puncak Niaga juga telah dipilih sebagai penerima Anugerah Khas BE A LEGEND setelah mendapat pengiktirafan daripada World Confederation Businesses (WORLDCOB) pada 25 Ogos 2023 di Lisbon, Portugal.

Tahniah Puncak Niaga !

Sebelum majlis berakhir, Pengerusi Eksekutif menyeru kakitangan agar terus cekal berusaha untuk memajukan syarikat dan sentiasa berdoa semoga Allah Taala mengurniakan kejayaan kepada syarikat. Majlis berakhir pada jam 10:15 pagi.

Contact us

Fill in the form below or give us a call and we'll contact you. We endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.