Gotong Royong 5.0 – Perubahan Sikap Teras Penjagaan Kesihatan

Bandar Puncak Alam, 28 Oktober – Hampir 1,500 orang ahli kariah Masjid Puncak Alam (MPA) dan kakitangan beberapa buah syarikat korporat termasuk Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), TriPlc Berhad, Topline Media Sdn. Bhd, Worldwide Holdings, Ecoworld Sdn Bhd dan beberapa buah syarikat lagi telah terlibat dalam menjayakan Gotong Royong 5.0.

“Masalah utama yang kita hadapi dalam usaha mengekalkan kebersihan sesebuah kawasan ialah masalah sikap. Jika kita dapat membetulkan sikap, mungkin kita tidak lagi perlu mengadakan program gotong-royong seperti ini kerana masing-masing tahu dan melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat dengan menjaga kebersihan sama ada di kediaman masing-masing ataupun di tempat-tempat awam”, YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif PNHB merangkap Pengerusi Lembaga Tadbir MPA dipetik berkata ketika menyampaikan ucapan perasmian program tersebut.

Turut hadir dalam program ini ialah YB. Tn. Mohd Shaid Rosli, ADUN Jeram, Tn. Hj. Mohd Hanif bin Md Sultan, Pengerusi Permuafakatan Persatuan Penduduk Puncak Alam (4PA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Program Gotong Royong Perdana Siri Kelima, YBhg. Dato’ Mat Hairi Ismail, Ahli Lembaga Tadbir Masjid Puncak Alam dan Dr. Shuhadak Hj. Mahmud, Pengurus / Nazir Masjid Puncak Alam merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Program Gotong Royong Perdana Siri Kelima dan Ahli-ahli Jawatankuasa Lembaga Tadbir MPA.

Bertemakan “Kebersihan Tanggungjawab Kita”, Gotong Royong 5.0 membawa mesej bahawa penjagaan kebersihan yang berterusan adalah berteraskan kepada perubahan sikap setiap individu dalam masyarakat.

Kawasan liputan Gotong Royong 5.0 yang memfokuskan kepada laluan-laluan utama di Bandar Puncak Alam telah dibahagikan kepada sembilan zon iaitu:

Puncak Alam Fasa 1

Puncak Alam Fasa 2

Puncak Alam Fasa 3

Puncak Alam Fasa 3 (Apartment)

Puncak Bestari

Alam Suria

Sinar Alam

Masjid Puncak Alam; dan

Puncak Alam Housing

Sementara itu, lebih 40 orang kakitangan PNHB telah ditugaskan membersihkan kawasan di sekitar laluan utama dari Pejabat Puncak Alam Housing hingga ke Kelab Golf dan Ekuestrian Puncak Niaga (KGPEN).

Program berakhir kira-kira jam 11.30 pagi.

Contact us

Fill in the form below or give us a call and we'll contact you. We endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.