
Sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang bekerja keras untuk mencapai matlamat imuniti kelompok (herd immunity) bagi mencegah penularan Covid-19, Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) telah mengedarkan pek makanan tengahari kepada petugas barisan hadapan di MSUMC pada 29 Jun 2021.
MSUMC merupakan salah sebuah hospital pakar swasta daripada 12 buah hospital swasta yang dipilih untuk menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebagai pusat pemberian vaksin (PPV HS) dengan gabungan jumlah kapasiti 2,250 dos/sehari.
Lebih 90% kakitangan PNHB menerima suntikan vaksin Covid-19 di MSUMC.
