Ulang Tahun Ke-25 Puncak Niaga Disambut Meriah

Puncak Alam, 3 Dis – Puncak Niaga Holdings Berhad atau Puncak Niaga telah pun 25 tahun berada dalam dunia korporat. Pelbagai kejayaan telah dicapai namun bukan sedikit cabaran yang dihadapi. Kekuatan dan kelangsungan Puncak Niaga merupakan sumbangan daripada semua lapisan warganya yang pelbagai.

Sebuah majlis berkonsepkan hari keluarga telah diadakan di Puncak Alam Golf Driving Range untuk memeriah sambutan ulang tahun tersebut. Kakitangan bersama ahli keluarga masing-masing telah mulai hadir ke Puncak Alam Golf Driving Range sejak jam 7:00 pagi lagi.

Majlis sambutan telah dimulakan dengan Walkathon & Fun Race di dusun YBhg. Tan Sri Rozali Ismail. Kehadiran YBhg. Tan Sri dan barisan Pengarah Eksekutif telah memeriahkan lagi majlis tersebut. Malahan YBhg. Tan Sri dan Pengarah-pengarah Eksekutif turut menyertai walkathon bersama-sama kakitangan.

Sesuai dengan suasana kekeluargaan dalam keluarga besar Puncak Niaga, kemesraan dan keakraban antara kakitangan jelas terzahir melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan iaitu acara tali dan tiup belon serta mewarna dan sand art untuk kanak-kanak. Malahan, ahli keluarga kakitangan yang hadir turut mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

YBhg. Tan Sri Pengerusi Eksekutif juga telah membuat beberapa kejutan apabila menawarkan lebih banyak hadiah tambahan untuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk cabutan bertuah. Ini termasuklah hadiah wang tunai, tajaan makan malam dan pakej percutian.

Majlis ini juga turut diadakan untuk meraikan kakitangan yang telah lama berkhidmat dengan Puncak Niaga iaitu bagi tempoh lima tahun dan ke ats. Seramai 141 orang penerima Anugerah Khidmat Setia (Long Service Award) daripada lima kategori telah menerima sijil penghargaan dan hadiah khas daripada pihak syarikat.

Seramai 48 orang kakitangan telah berkhidmat antara 5 hingga 9 tahun, 37 orang kakitangan dalam kategori 10 ke 14 tahun manakala 36 orang kakitangan telah berkhidmat antara 15-19 tahun. Selain daripada itu, seramai 18 orang kakitangan telah pun berkhidmat antara 20 ke 24 tahun manakala 5 orang kakitangan telah berkhidmat lebih dari 25 tahun.

Sebelum bersurai, semua kakitangan yang hadir turut menerima cenderahati yang disediakan oleh pihak syarikat.

Contact us

Fill in the form below or give us a call and we'll contact you. We endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.