Majlis Tandatangan Sijil Kolaborasi Strategik Bersama Politeknik Sultan Idris Shah

Sabak Bernam, 1 Jun – Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) bersama 29 buah syarikat telah menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik dengan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) bagi meneruskan usahasama antara PSIS dan rakan industri dalam usaha melahirkan tenaga kerja yang berkualiti.

Puncak Niaga telah diwakili oleh Pengerusi Eksekutif, YBhg. Tan Sri Rozali Ismail di mana beliau terlebih dahulu telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Industri (IAC) PSIS Bil. 1 Tahun 2022. Dalam mesyuarat tersebut, beliau telah menegaskan betapa pentingnya industry player peka dengan perubahan ekonomi dunia kerana ia berlaku terlalu cepat. Sebarang perubahan yang berlaku perlu segera diadaptasi dalam industri masing-masing supaya tidak ketinggalan

YBhg. Tan Sri Rozali juga menggesa supaya aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh IAC dilaksanakan semula terutama aktiviti-aktiviti yang tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Aktiviti seperti webinar adalah penting untuk para pelajar didedahkan dengan perubahan ekonomi dan keperluan

Contact us

Fill in the form below or give us a call and we'll contact you. We endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.