PEKERJA BERKUALITI TONGGAK KEJAYAAN SYARIKAT HADAPI CABARAN KEMELESETAN EKONOMI

Shah Alam, 30 Jan – Bagi mendepani tahun 2023 yang dijangka amat mencabar, YBhg. Tan Sri Rozali, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) menggesa agar semua kakitangan meningkatkan usaha dan bekerja dengan lebih gigih lagi. Dalam masa yang sama, pihak syarikat akan berusaha untuk memastikan kebajikan semua kakitangan akan terus terjamin.

Menurut beliau, dalam menghadapi tempoh yang getir, syarikat amat memerlukan kakitangan yang berkualiti. YBhg. Tan Sri Rozali telah menggariskan tiga tonggak asas untuk menjadi pekerja yang berkualiti iaitu sifat jujur, amanah dan bertanggungjawab. Jika ketiga-tiga tonggak ini dimiliki oleh seseorang pekerja, syarikat akan bersedia dan mampu untuk menghadapi apa jua cabaran yang mendatang.

Selain daripada itu, YBhg. Tan Sri Rozali turut menegaskan beberapa perkara yang perlu dipatuhi dan diambil tindakan segera oleh kakitangan iaitu meningkatkan tahap disiplin, melakukan self audit, mengutamakan kebersihan, bekerja secara teamwork, memastikan persekitaran kerja yang kondusif melalui adab sopan yang baik dan menjunjung integriti serta bersikap anti rasuah.

Amanat tersebut dibuat ketika PNHB mengadakan Perhimpunan Kakitangan sebagai permulaan di tahun 2023. Majlis yang mengumpulkan sebahagian besar kakitangan kumpulan syarikat Puncak Niaga ini diadakan pada jam 9:30 pagi di perkarangan Wisma Rozali. Ia turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Rozali Ismail, Pengerusi Eksekutif, En. Azlan Shah Tan Sri Rozali, Pengarah Urusan dan barisan pengurusan tertinggi kumpulan syarikat.

YBhg. Tan Sri Rozali menyuarakan kebimbangan mengenai kegawatan ekonomi yang diramalkan oleh pakar-pakar ekonomi di seluruh dunia kerana ia akan memberi kesan langsung kepada semua negara termasuk Malaysia.

Contact us

Fill in the form below or give us a call and we'll contact you. We endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.