PNHB Dianugerahkan Sijil ISO 9001:2008 Sehingga Tahun 2020

2008 Sehingga Tahun 2020″ – Encik Azlan Shah Tan Sri Rozali, Perhimpunan Kakitangan 3/2017
Pada hari Isnin, 29 Mei 2017 yang lalu telah berlangsungnya Perhimpunan Bulanan Kakitangan yang ketiga buat tahun 2017 di perkarangan Wisma Rozali, Shah Alam. Seperti biasa, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi PNHB; Bersatu Hati, disusuli dengan bacaan ikrar PNHB oleh Sarjan Hamdan Ibrahim serta bacaan doa oleh Ustaz Othman Bin Hamzah.

Ucapan perhimpunan kali ini telah disampaikan oleh Encik Azlan Shah mewakili YBhg. Tan Sri Rozali Ismail. Encik Azlan telah memulakan ucapannya dengan sesi pengenalan 14 kakitangan baru yang menyertai PNHB. Beliau telah meneruskan ucapannya dengan mengingatkan para kakitangan untuk memperbaiki prestasi kerja dan meneliti semula kerja-kerja tertangguh dan KPI masing-masing dikala kita melangkah ke pertengahan tahun 2017.

Pihak syarikat amat menghargai setiap komitmen dan sokongan yang diberikan oleh kakitangan sepanjang tahun 2016. Sehubungan dengan itu, pemberian bonus 2016 dan kenaikan gaji tahunan hanya diberikan kepada kakitangan eksekutif dan bukan-eksekutif berikutan kemerosotan nilai ringgit dan ketidaktentuan ekonomi dunia yang telah memberikan kesan kepada kos operasi syarikat. Selain itu pihak pengurusan juga telah bersetuju untuk memberikan kenaikan pangkat dan gred kepada 64 kakitangan PNHB. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para kakitangan di atas jawatan baru yang disandang.

PNHB sekali lagi telah berjaya mengekalkan sijil ISO 9001:2008 yang merupakan sistem pengurusan kualiti QMS pada 19 Mei 2017 yang lalu. Tahniah buat syarikat atas pengiktirafan dan pengekalan persijilan ini sehingga Jun 2020. Encik Azlan turut mengumumkan pemenang-pemenang program Pencarian Bakat Pengacara Majlis PNHB, Program Memancing PEKA dan Pertandingan Bowling PEKA Piala YBhg. Tan Sri Rozali yang dianjurkan baru-baru ini.

Bersempena dengan mulanya Ramadhan 1438H, Encik Azlan juga telah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kakitangan beragama Islam dan juga memaklumkan kepada para kakitangan tentang aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang bulan Ramadhan ini. Antaranya adalah program Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadhan, Program Bubur Lambuk, Majlis Buka Puasa, Moreh dan Sahur di Masjid Puncak Alam serta Majlis Berbuka Puasa di kediaman YBhg. Tan Sri Rozali Ismail.

Sepertimana perhimpunan bulanan kakitangan yang diadakan sebelum ini, majlis ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini berkenaan aktiviti-aktivi yang dijalankan oleh syarikat dan juga merupakan ruang untuk mengukuhkan hubungan diantara kakitangan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB).

Contact us

Fill in the form below or give us a call and we'll contact you. We endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.