SPRM Talk – Puncak Niaga Komited Dengan Amalan Tadbir Urus Yang Baik

Shah Alam, Selangor, 12 April – Jabatan Audit Dalaman (IAD), Puncak Niaga Management Services Sdn. Bhd (PNMSB) telah menganjurkan satu sesi penerangan mengenai Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang melibatkan organisasi korporat dalam aspek pencegahan rasuah.

Sesi ini telah dihadiri oleh semua Ahli Lembaga Pengarah kecuali En. Noor Faiz Hassan dan semua Pengurusan Tertinggi Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB)

Sesi penerangan ini telah disampaikan oleh Tuan Pang Mai Teck, Senior Superitendent, Corporate Anti-Corruption Compliance Center, Malaysia Anti-Corruption Academy. Beliau merupakan seorang pegawai SPRM yang berpengalaman luas dalam bidang penyiasatan salah laku rasuah termasuklah aktiviti penggubahan wang haram (money laundering) sejak tahun 2010.

Dalam sesi tersebut, Tuan Pang telah menerangkan beberapa kategori amalan korupsi termasuklah rasuah, salah guna kuasa, tuntutan palsu (false claim), penipuan (forgery), peras ugut (extortion) dan pecah amanah.

Objektif utama sesi ini adalah untuk memberikan penerangan yang terperinci mengenai Seksyen 17A, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 diluluskan pada 5 April 2018. Ianya adalah berkaitan dengan tanggungjawab organisasi korporat atau komersil untuk melaksanakan proses perundangan sekiranya berlaku amalan rasuah dalam sesebuah organisasi.

Dalam sesi selama hampir tiga jam ini, para peserta telah mengambil bahagian secara aktif dengan memberikan maklum balas dan melontarkan persoalan-persoalan yang berkait rapat dengan operasi syarikat agar sentiasa mematuhi aspek perundangan pencegahan rasuah.

Sesi berakhir pada jam 1.00 tengahari dengan penyampaian cenderahati oleh En. Azlan Shah Tan Sri Rozali, Pengarah Urusan PNHB diikuti dengan sesi fotografi (dengan penjarakan fizikal) dan jamuan makan tengahari.

Contact us

Fill in the form below or give us a call and we'll contact you. We endeavour to answer all enquiries within 24 hours on business days.